Carl Spaatz
Carl Spaatz

Carl Spaatz

Carl Andrew "Tooey" Spaatz (28 Jun 1891 – 14 Julai 1974) ialah seorang Jeneral Amerika dalam Perang Dunia II dan merupakan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat yang pertama. Beliau memimpin angkatan tentera udara Amerika Syarikat di Eropah dan kemudiannya di Pasifik. Penyokong pengeboman strategik siang, Spaatz memimpin Tentera Udara Kelapan di England, iaitu pasukan utama Amerika Syarikat dalam kempen udara strategik menentang Jerman. Kemudian Beliau memimpin tentera udara Amerika Syarikat di Afrika Utara, dan pada tahun 1944 beliau menyandang jawatan Panglima Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Eropah. Pada musim bunga 1945 beliau memegang jawatan yang sama di kancah Pasifik (Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Pasifik), di mana beliau mengarah serangan udara terakhir ke atas Jepun.

Carl Spaatz